Sekitar Ekspo Rumah BPEX 11-12 May 2024

Pengarah Urusan MMC Sdn. Bhd., Datuk Nor’ashikin Taib berkata, penganjuran Ekspo Rumah BPEX untuk membantu golongan ini memiliki rumah dengan prosedur yang mudah.

“Pameran ini mendapat sokongan daripada KPKT, Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-BIAYA) dan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).

“Sebanyak 8,000 unit lot Bumiputera ditawarkan dengan anggaran nilai hartanah sebanyak RM6 bilion bersama 50 pemaju,” katanya. 

Berita Bimbang Harga Naik, Anak Muda Makin Peka ‘Invest’ Beli Rumah

#Berita Bimbang Harga Naik, Anak Muda Makin Peka ‘Invest’ Beli Rumah

Tinjauan di Pameran Ekspo Rumah BPEX mendapati, rata-rata pengunjung khususnya anak muda semakin peka dalam isu pemilikan hartanah dan sedar akan manfaat memiliki rumah selaku aset jangka panjang.

Pameran ini masih berlangsung di Mid Valley (MVEC) sehingga 9 malam ini.

Ayuh, jangan lepaskan peluang anda untuk mengetahui tentang industri hartanah di Bumiputera Property Exhibition

KPKT tawar Skim Jaminan Kredit Perumahan, bantu pembeli rumah pertama

PETALING JAYA: Isu pemilikan kediaman bagi rakyat Malaysia terutamanya bumiputera menunjukkan peningkatan, namun ia masih belum mencapai tahap yang sewajarnya.

Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, kerajaan melalui KPKT memberi perhatian kepada aspek kemampuan kewangan dan akses kepada pembiayaan perumahan.

Katanya, ia dizahirkan melalui Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia atau i-BIAYA dengan usaha bersama Kementerian Kewangan yang telah diperkenalkan sejak 2022.

“Melalui kerjasama itu, ia menawarkan skim pembiayaan Skim Jaminan Kredit Perumahan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) Berhad untuk membantu pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil,” katanya dalam ucapan Pameran Ekspo Rumah BPEX, semalam.

Selain itu, katanya, kerajaan telah meningkatkan jaminan pembiayaan di bawah SJKP dengan nilai tambahan jaminan sebanyak RM10 bilion menjadikan keseluruhan RM20 bilion sejak diperkenalkan pada 2008.

Mengulas lanjut beliau berkata, inisiatif kerajaan menerusi Kempen Pemilikan Kediaman yang memberikan insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik harta tanah dan perjanjian pinjaman masih lagi berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2025.

“Inisiatif ini melibatkan pengecualian duti setem 100 peratus untuk pembelian rumah pertama bernilai RM500 ribu dan ke bawah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan MMC Sdn. Bhd., Datuk Nor’ashikin Taib berkata, penganjuran Ekspo Rumah BPEX untuk membantu golongan ini memiliki rumah dengan prosedur yang mudah.

“Pameran ini mendapat sokongan daripada KPKT, Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-BIAYA) dan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).

“Sebanyak 8,000 unit lot Bumiputera ditawarkan dengan anggaran nilai hartanah sebanyak RM6 bilion bersama 50 pemaju,” katanya. 

Sumber : https://wartaoriental.com/2024/05/12/kpkt-tawar-skim-jaminan-kredit-perumahan-bantu-pembeli-rumah-pertama/

BPEX perlu diperluas ke seluruh negara, bantu tingkatkan pemilikan kediaman rakyat

KUALA LUMPUR, 11 Mei- Penganjuran Pameran Ekspo Rumah Bumiputera (BPEX) perlu diperluas ke seluruh negara bagi membantu meningkatkan pemilikan kediaman bagi rakyat terutama bumiputera.

Timbalan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata penganjuran BPEX pada setiap tahun memberi impak dan pengaruh dalam memperkasakan agenda pemilikan kediaman dalam golongan muda dan bumiputera.

Ini termasuk individu yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tiada slip gaji, boleh membuat pinjaman perumahan melalui Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP).

"Jadi melalui pemeran-pameran seperti ini, kita letakkan bersekali dengan KPKT semua, apa-ape isu berkaitan perumahan boleh juga pada masa sama ditanya memberikan ruang dan peluang kepada semua untuk lebih tahu tentang isu-isu yang terkait dengan hartanah", selepas merasmikan Ekspo Rumah BPEX di Kuala Lumpur.

Sebanyak 8,000 unit lot bumiputera ditawarkan dengan anggaran nilai hartanah sebanyak RM6 bilion bersama 50 pemaju selama dua hari penganjurannya bermula hari ini.

Dengan tema 'Mudah Milik', pameran itu mendapat sokongan daripada KPKT, Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (I-BIAYA) dan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).

sumber : https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/bpex-perlu-diperluas-ke-seluruh-negara-bantu-tingkatkan-pemilikan-kediaman-rakyat